Mempertingkatkan output bunyi
Anda boleh mempertingkatkan bunyi peranti anda dengan mendayakan tetapan bunyi
individu secara manual seperti bunyi Penyama dan Sekeliling. Anda juga boleh
mendayakan penormal Dinamik untuk meminimumkan perbezaan kelantangan antara
lagu atau video.
Untuk meningkatkan output bunyi secara automatik
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Tetapan audio.
3
Dayakan fungsi
ClearAudio+ dengan mengetik penggelangsar.
Untuk melaraskan tetapan bunyi secara manual
1
Dari skrin Laman Utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Tetapan audio.
3
Jika fungsi
ClearAudio+ didayakan, ketik penggelangsar untuk mendayakan
fungsi tersebut.
4
Ketik
Kesan bunyi > Penyama.
5
Laraskan tetapan bunyi dengan menyeret butang jalur frekuensi ke atas atau ke
bawah.
Pelarasan manual tetapan output bunyi tiada kesan ke atas aplikasi komunikasi suara.
Contohnya, tiada perubahan dalam kualiti bunyi panggilan suara.
Untuk meminimumkan perbezaan kelantangan menggunakan penormal Dinamik
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Tetapan audio.
3
Nyahdayakan fungsi
DSEE HX dengan mengetik penggelangsar, jika ia
didayakan.
4
Dayakan fungsi
Penormal dinamik dengan mengetik penggelangsar.