Membuat panggilan
Anda boleh membuat panggilan dengan mendail nombor telefon secara manual, dengan
mengetik nombor yang disimpan dalam senarai kenalan anda atau dengan mengetik
nombor telefon dalam log panggilan anda. Anda juga boleh menggunakan fungsi dail
pintar untuk mencari dengan cepat nombor daripada senarai kenalan dan log panggilan
anda dengan memasukkan sebahagian nombor kenalan atau nama dan memilih
daripada cadangan yang muncul. Untuk membuat panggilan video, anda boleh gunakan
pemesejan segera dan aplikasi sembang video Hangouts™ pada peranti anda.
1
Lihat lebih banyak pilihan
2
Padam nombor
3
Pad dail
4
Butang panggilan
Untuk membuka pad dail
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik .
3
Jika pad dail tidak muncul, ketik .
Untuk mendail nombor telefon
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik .
3
Jika log panggilan muncul, ketik untuk paparkan pad dail.
4
Masukkan nombor telefon dan ketik .
5
Pilih kad SIM dalam pemilihan dialog akaun.
Untuk memadam nombor yang tersalah masuk, ketik
.
Untuk membuat panggilan menggunakan fungsi dail pintar
1
Buka pad dail.
2
Masukkan huruf atau nombor yang sepadan dengan kenalan yang anda ingin
panggil. Senarai kemungkinan padanan kelihatan apabila anda memasukkan
setiap huruf atau nombor.
3
Ketik pada kenalan yang anda mahu panggil.
4
Pilih kad SIM.
Untuk membuat panggilan antarabangsa
1
Buka pad dail.
2
Sentuh terus 0 sehingga tanda “+” kelihatan.
3
Masukkan kod negara, kod kawasan (tanpa sifar permulaan) dan nombor telefon,
kemudian pilih kad SIM.
79
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menambahkan nombor dail terus ke skrin Laman Utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada
Skrin utama anda sehingga peranti bergetar
dan menu penyesuaian kelihatan.
2
Dalam menu penyesuaian, ketik
Widget > Jalan pintas.
3
Tatal senarai aplikasi dan pilih
Dail terus.
4
Pilih kenalan dan nombor yang hendak digunakan sebagai nombor dail terus.
Menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
Anda boleh memilih sama ada untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor
telefon anda pada peranti penerima panggilan.
Untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
1
Dari Skrin laman utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan.
3
Pilih kad SIM.
4
Ketik
Tetapan tambahan > ID Pemanggil.