Sony Xperia Z3 Plus Dual - Mencerminkan skrin peranti anda pada TV menggunakan kabel

background image

Mencerminkan skrin peranti anda pada TV menggunakan kabel

Anda boleh menyambung peranti anda ke set TV yang serasi menggunakan kabel MHL

dan mencerminkan skrin peranti anda pada skrin TV.

Kabel MHL dan HDMI serta penyesuai dijual secara berasingan.

Sony tidak menjamin bahawa semua jenis kabel MHL dan HDMI serta penyesuai disokong

oleh peranti anda.

Untuk melihat kandungan daripada peranti anda pada TV yang menyokong input MHL

1

Sambungkan peranti anda ke TV menggunakan kabel MHL. kelihatan dalam

bar status peranti anda selepas sambungan diwujudkan.

2

TV akan memaparkan skrin peranti anda.

Jika peranti anda gagal mengesan paparan yang disambungkan dengan kabel MHL,

sambungkan semula kabel dan ketik

Tetapan > Sambungan peranti > Kesambungan USB >

Kesan peranti USB.

Untuk melihat kandungan daripada peranti anda pada TV yang menyokong input

HDMI™

1

Sambungkan peranti anda ke penyesuai MHL dan sambungkan penyesuai itu ke

bekalan kuasa USB.

2

Sambungkan penyesuai ke TV menggunakan kabel HDMI™. kelihatan dalam

bar status peranti anda setelah sambungan dibuat.

3

TV memaparkan skrin peranti anda.

Untuk melihat bantuan tentang menggunakan alat kawalan jauh TV

1

Semasa peranti anda disambungkan ke set TV, seret bar status ke arah bawah

untuk membuka panel Pemberitahuan.

2

Ketik

MHL disambungkan. Tetapan MHL muncul pada skrin TV.

3

Pilih

Penggunaan kawalan jauh.

Anda boleh memilih

Saiz Output Video untuk melaraskan saiz output pada skrin TV. Jika pilihan

penskalaan auto TV sudah didayakan, tetapan ini tidak muncul di bawah tetapan MHL.

Anda boleh menekan butang kuning pada alat kawalan jauh TV untuk membuka panel

Pemberitahuan juga.

Untuk memutuskan sambungan peranti anda dari set TV

Cabut kabel MHL™ atau penyesuai MHL dari peranti anda.